Pakej Umrah Musim Sejuk November dan Disember 2018

Taif Kota Insan-insan Beriman

Tahukah anda…

Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika Baginda berkunjung ke Kota Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah? Namun, kini Kota Taif didiami oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah Islam di Kota Taif. Segalanya menanti anda di sana!

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.

Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.

Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2018

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;

  1. Umrah Biasa
    Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.
  2. Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
    Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.
  3. Umrah Ziarah Taif Biasa
    Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.

Sertailah pakej Umrah Ziarah Taif bersama Syaza Travel & Tours untuk bulan Mac-April 2018!

Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,390*! termask 5% VAT

 

24 Comments

  • zubaidah bt hassan

    Assalamualaikum.

    Saya Pn Zubaidah dari segamat Johor.
    Kami sekuarga dalam 7 atau 8 orang bercadang utk mengerjakan umrah dalam bulan disember 2014 ni.
    Saya inginkan penerbangan terus ke madinah kerana akan membawa bersama ibu yang berumur 86th yang berkerusi roda.
    Saya ingin mendapatkan penerangan lanjut tentang pakage ini
    Sekian terima kasih

    April 13, 2014 - 4:02 am Reply
    • Zuraini

      Salam. Kami 11 orang termasuk 2 warga emas ingin mengerjakan umrah pada 17/12/2014 @ 12 @13 hari. Perlukan fight terus ke Madinah & penginapan hotel di mekah dalam lingkungan 50m. Boleh confirmkan harga pakej bagi bilik ber 5 / 4.

      August 12, 2014 - 2:21 pm Reply
  • Ct Zaiton MRadzi

    Assalamualaikum
    Kami 6 sekeluarga dari Penang (4 dewasa, 2 kanak-kanak 9 & 12 tahun). Nak tanya .. harga utk kanak2 mcm mana ye? Flight Flynas ni dari KLIA ke? Berapa seat reserve untuk Umrah bulan Dec 2014.

    April 24, 2014 - 7:40 am Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Wa'alaikummussalam puan zaiton..harga kanak2 kurang RM300 drpd harga dewasa.Ya puan,Flynas dari KLIA terus ke Jeddah..Seat reserve untuk 1 group lebih kurang 40-50 seat.Untuk maklumat lanjut,puan boleh email kepada umrah@syazatravel.com.my

    April 26, 2014 - 1:34 am Reply
  • Noor Mohamad Abd Hamid

    boleh tahu lanjut tentang lokasi hotel di madinah dan makkah

    June 7, 2014 - 4:28 am Reply
  • Mawar Abdul Rajak

    Saya Pn. Mawar cadang mengerjakan umrah Februari 2015 bersama emak saya, berapa harga untuk 2 orang.

    June 10, 2014 - 6:34 am Reply
  • Farah 한나 Hannah

    Assalam.
    – Boleh kasi coordinate gps lokasi hotel2 yg akan diduduki atau peta menunjukan kedudukan hotel dan jarak ke masjid.
    – Berapa harga pakej umrah disember 2014 ni utk bilik berdua?

    June 25, 2014 - 2:59 pm Reply
  • Rozi

    Assalamu’alaikum …. 4 December 2014 dah buka untuk umrah ke?

    June 29, 2014 - 4:47 am Reply
    • Aini (Syaza Travel)

      Wa’alaikummussalam…pakej umrah dec 2014 sudah dibuka dan untuk pendaftaran RM500/pax

      July 7, 2014 - 5:36 am Reply
  • zubaidah sulaiman

    Asalam sy 7 dewasa 2 ank2 mahu tarikh 11 dic mta maklum balas segera. Tq.

    July 4, 2014 - 5:55 am Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Lokasi hotel di Madinah iaitu Mawaddah Al-Noor jarak dlm 100 meter manakala di Mekah iaitu Mawaddah International Group Hotel jarak lebih kurang 300-400 meter

    July 7, 2014 - 1:30 am Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Bagi umrah 2015 masih dalam perangkaan,harga pakej bagi bulan feb 2015 lebih kurang harga pada tahun ini..anggaran dalam RM5,890/pax atau meningkat

    July 7, 2014 - 1:34 am Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Wasalam…hotel di Madinah iaitu Mawaddah al-noor manakala di Mekah iaitu Mawaddah international group hotel.Harga disember 2014 bilik berdua iaitu RM6,790/pax

    July 7, 2014 - 1:48 am Reply
  • Mozarina Mohd Amin

    <3

    July 9, 2014 - 2:38 am Reply
  • Iqbal Miq

    Salam. Boleh sy tahu sama ada akan ada flight lain selain flynas utk umrah Disember? Tq

    July 19, 2014 - 9:23 am Reply
  • Hezlin Husaini

    Aslmkm. Boleh beri harga umrah disember 2014 utk 3 dewasa. 2 wanita dan 1 lelaki. Klu boleh nak dlm satu bilik. T kasih

    August 6, 2014 - 1:40 pm Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Wa’alaikummussalam Pn.Hezlin,ya boleh puan untuk kongsi bilik bertiga.Bagi pakej umrah 12h10m RM6490/Pax manakala pakej umrah 13h11m RM6690/Pax.

    August 14, 2014 - 1:48 am Reply
  • Noraini Abdul Wahab

    Wa'alaikummussalam Puan,ya untuk bulan dec Flynas saja belum ada yang lain.

    August 14, 2014 - 1:50 am Reply
  • Fedder Musa

    Salam. Umrah pd 4 dis 2014 masih ada kekosongan ke. Kalau utk bilik berdua brp harga. Tq

    August 16, 2014 - 11:19 am Reply
  • Zuraida Ku Zaifah

    Salam, saya bercadang nak pergi pada penghujung tahun ini, bilakah tarikh akhir utk booking…utk 5 orang. Boleh saya tahu jarak hotel ke masjid di Makkah? terima kasih.

    August 20, 2014 - 3:15 pm Reply
  • AishahKhalid Izharrahman

    Puan nak tanya. Date 7.12.2014 utk 2 org se bilik utk suami isteri Ada tak

    October 23, 2014 - 12:32 pm Reply
  • ikin

    Salam puan..saya nak tanya visa utk umrah dec 2014..bila dikeluarkan?

    December 2, 2014 - 6:46 am Reply
  • noraini

    Adakah pakej umrah ziarah istanbul. Jika ada boleh beri maklumat . Tq.

    August 19, 2015 - 2:09 am Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published.

Kakitangan Syaza Travel & Tours Sedia membantu anda

Ada Soalan Nak Tanya Kami?