J O M U M R A H

Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

SOALAN LAZIM - Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

SOALAN LAZIM

April 4, 2024 fara 0 Comments

1. BAGAIMANA UNTUK MEMILIH AGENSI PENGENDALI UMRAH YANG SAH DAN BETUL

Agensi Pengendali Umrah yang betul adalah salah satunya yang akan memberikan anda ketelusan yang lengkap dalam semua urusan anda. Terdapat banyak Agensi Pengendali Umrah yang mempromosikan harga pakej umrah yang terlalu rendah sebagai gimik tetapi akhirnya akan meminta wang tambahan dengan memberi berbagai alasan seperti kenaikan Cukai kerajaan, Cukai Lapangan Terbang atau turun naik Riyal dan lain-lain lagi. Pemilihan agensi untuk pergi umrah jangan sekali-kali memilih agensi yang menawarkan harga pakej paling murah tetapi pilihlah yang member kemudahan-kemudahan yang terbanyak. Pastkan agensi mempunyai Lesen Akriditasi IATA, kontrek dengan Muassasah Arab Saudi dan nama yang tersenarai di kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur/ kementerian Haji Arab Saudi dan Jawhar.

2.TIPS PILIH AGENSI

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dapat ditunaikan sekiranya jemaah mengambil langkah-langkah berikut:

  • Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setiap promosi yang diiklankan mempunyai nombor rujukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Menyelidiki latar belakang agensi, lesen dan permit untuk outbound yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi dan sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.
  • Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.
  • Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.
  • Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi.
  • Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.
  • Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan yang tersembunyi.
  • Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah dan
  • Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

3. MENGAPA SAYA HARUS YAKIN PADA SYAZA TRAVEL & TOURS

Syaza travel & Tours merupakan ahli berdaftar dengan MATTA dan BUMITRA dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, IATA merupakan salah satu akreditasi yang paling berprestij dalam industri pelancongan. Kami adalah sebuah organisasi diuruskan secara professional dengan penganugerahan sijil akreditasi ISO 9001:2008, terlibat dalam menyediakan perkhidmatan umrah kepada pelanggan dari seluruh Malaysia. Kami percaya bahawa publisiti terbaik adalah publisiti dari mulut ke mulut dimana para pelanggan maka berasa bebas untuk bertanya kepada orang yang pernah pergi umrah menggunakan perkhidmatan kami.

4. APAKAH TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI SEMASA UMRAH

Kami telah membuat satu senarai komprehensif semua tempat yang anda perlu lawati semasa perjalanan umrah anda. Sila lawati pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut Tempat – Tempat Bersejarah

5. APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat Sila lawati Keperluan Visa Umrah untuk maklumat lanjut.

6. SILA BERITAHU SAYA APA PENGERTIAN UMRAH DAN BAGAIMANA UNTUK MELAKUKANNYA

Kami telah menyediakan Panduan Umrah untuk anda Sila layari Panduan Umrah dan untuk maklumat lanjut sila e-mel kepada kami di umrah@syazatravel.my

7. SAYA PERLU MELAKUKAN BANYAK ZIARAH ATAU LAWATAN DI MADINAH DAN MAKKAH.

Syaza Travel & Tours telah menyediakan banyak tempat yang akan dikunjungi semasa berada di Makkah dan Madinah. Kami juga boleh mengatur lawatan ke Wadi e jin iaitu kira-kira 50 Kms dari Madinah pada permintaan khas . Untuk maklumat lanjut sila layari Tempat – Tempat Bersejarah

8. BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI PEJABAT SYAZA TRAVEL & TOURS, SILA BERIKAN SAYA PETA DAN ARAH.

Klik disini untuk menghubungi kami atau mencari melalui Google Maps. Sila hubungi kami ditalian tetap: 03-42962019 atau Mobile: 019 2188 019 / 017 2788 219 atau hubungi wakil-wakil umrah kami untuk kawasan-kawasan

  • Kelantan Us Haji Azhar Bin Abdul Satar WhatsApp/Hp : 013 920 7667 Wakil Kawasan
  • Pahang Us Haji Mohd Sani Bin Mohd Saat WhatsApp/Hp : 013 907 9598

9. SYARIKAT AIRLINES MANAKAH YANG SERING DIGUNAKAN DALAM PAKEJ UMRAH

Kami biasanya memilih penerbangan menggunakan syarikat Saudi Airlines atau Malaysia Airlines yang terkenal dengan mutu perkhidmatan yang tinggi dan paling selamat didunia. Hanya jika Syarikat Penerbangan ini tidak diperolehi laluan yang dipilih untuk tarikh tertentu maka kami akan menempah penerbangan daripada syarikat lain yang setanding.

10. SAYA AKAN MENGURUSKAN VISA DAN TIKET PENERBANGAN SAYA SENDIRI. BOLEHKAH ANDA URUSKAN “GROUND” SAYA

Kami memberi anda fleksibiliti untuk perjalan umrah anda. Jika anda mempunyai Tiket anda dan Visa kami akan uruskan hotel dan pengangkutan untuk anda dan juga sebaliknya jika anda mahu kami uruskan hanya Tiket dan Visa, kami juga boleh lakukannya. akan memberikan Anda boleh membuat pilihan untuk memilih pakej perjalanan anda sendiri mengikut kesesuaian keperluan anda. Sila lawati pautan berikut untuk membuat pilihan anda www.eziumrah.com  

11. APA NAMA HOTEL DI MEKAH DAN MADINAH YANG DIGUNAKAN

Kami mempunyai campuran Mewah, Ekonomi dan Bajet Hotel. Kami mempunyai bilik antara SR280 Semalam hingga SR2000 Semalam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel kami sila lawati halaman pakej umrah www.syazatravel.com.my/umrah . Setiap pakej mempunyai nama Hotel dengan jarak yang disebut dalam pakej [lihat gambar hotel]. Untuk menempah mana-mana hotel yang disebutkan di laman web kami sila email kami di umrah@syazatravel.my



leave a comment