BERPELUANG menunaikan umrah dua kali dalam masa selang setahun, benar-benar pengalaman yang boleh diibaratkan sebagai ‘bulan jatuh ke riba’ kerana ibadat ke tanah suci sememangnya memerlukan sejumlah kos agak besar dan tentunya terjadi kerana adanya ‘jemputan’ daripada Allah SWT.
Bagi penulis, peluang menunaikan umrah secara ‘Do it yourself (DIY) bersama seorang teman universiti serta sepupu perempuannya yang mempunyai sepasang anak kembar kecil, adalah pengalaman berbeza berbanding mengikuti pakej agensi pelancongan yang mencecah RM8,990 bagi empat orang sebilik.
Sejujurnya merancang perjalanan untuk seramai enam orang dengan kos kurang RM4,000 setiap individu tidak sukar. Apatah lagi bagi seorang bayi hanya perlu mengeluarkan kos visa sahaja. Lebih mudah, seorang daripada rakan kembara umrah kami, Nurul Huda Mukhtar memang seorang ‘kaki travel’, yang secara peribadinya sudah melancong 41 negara sejak kecil selain beliau sendiri pernah membesar di perantauan.
Kami seramai enam orang yang menunaikan umrah secara DIY bersama pada Februari lalu. – Foto NSTP/Mahani Ishak
Nurul Huda Mukhtar yang juga seorang guru dan suaminya banyak menguruskan hal penerbangan dan penginapan di Makkah dan Madinah, memandangkan semua urusan dibuat tempahan secara dalam talian supaya terhindar pengalaman kena ditipu, misalnya tiada hotel apabila tiba di sana.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kami menaiki penerbangan Sri Lankan Airlines selama empat jam yang begitu ramai membawa jemaah Indonesia.
Transit 23 jam
Kami kemudiannya transit selama 23 jam di Colombo, Sri Lanka (Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike) sebelum meneruskan lagi perjalanan hampir enam jam dengan ramai jemaah umrah dari Pakistan ketika perjalanan ke Jeddah.
Berikutan tempoh transit agak lama, kami diberikan penginapan hotel percuma di Colombo dan ia memberikan peluang kepada kami bersiar-siar menggunakan pakej pelancongan tempatan bagi menyelami budaya setempat.
Faktor tiket penerbangan murah iaitu RM2,435 seorang selain tiket untuk si kembar percuma kerana usia bawah dua tahun, menjadi ‘sebab’ terjadinya rancangan umrah ini, selain kemudahan visa pelancong (sah sehingga setahun) dengan kos RM518.80 seorang dan boleh dipohon sendiri melalui laman web rasmi tanpa membabitkan orang tengah.
Meskipun tiba di Jeddah (Lapangan Terbang Antarabangsa Abdulaziz) kami memilih bergerak ke Madinah terlebih dahulu berikutan dari Colombo lagi, suami Nurul Huda tidak mengenakan ihram berikutan kami memilih ‘masuk’ ke kota Rasulullah beberapa hari sebelum menunaikan umrah. Jadi kami menempah van yang boleh memuatkan 11 penumpang tetapi hanya dinaiki empat dewasa dengan kos SAR550 (RM633.71) atau SAR137.5 (RM158.44) setiap seorang.
Kami tiba di Madinah sekitar jam 2 pagi, dan dibenarkan mendaftar masuk awal ke hotel penginapan dan mempunyai masa dua jam untuk berehat sebelum bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
Alhamdulillah, jarak hotel ke masjid hanya sejauh 600 meter dan mengambil masa kira-kira 10 atau 15 minit berjalan kaki dan seawal jam 4 pagi lagi sudah kelihatan ramai jemaah seperti waktu siang.
Memandangkan ziarah dilakukan dalam bulan Syaaban dan kebetulan pula hari Khamis, penulis dan rakan, Siti Shahrosamirah memutuskan untuk berpuasa kerana mahu merasai pengalaman berpuasa dan berbuka di masjid.
Kami juga menggagahkan diri berjalan lima kilometer ke Masjid Quba yang terletak di luar kota Madinah (ada pilihan menaiki ‘buggy’ sehala dengan kadar bayaran SAR 10) iaitu masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika awal peradaban Islam (622M) untuk menunaikan solat sunat Dhuha.
Ini kerana pahalanya seumpama menunaikan umrah, seperti hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah; ‘Barang siapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah’.
Dalam tempoh beberapa hari di Madinah, kami membuat tempahan melalui aplikasi Nusuk untuk slot ‘Raudhah’ (ziarah makam Nabi Muhammad SAW) yang hanya boleh dipohon sekali dalam tempoh setahun. Justeru, penulis tidak ‘layak’ kerana rekod umrah terdahulu masih belum melepasi 365 hari.
Seterusnya kami bergerak ke Makkah dengan menggunakan perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain Makkah-Madinah (HHSR) antara bandar dengan kadar SAR172 atau RM 225, sejauh 453 kilometer. Jarak sejauh itu hanya mengambil masa dua jam 30 minit berbanding lapan jam menaiki bas. Untuk lebih selamat, terus niat menunaikan umrah ketika menaiki tren dan tidak perlu bimbang, ada pengumuman yang akan dibuat bagi mengingatkan jemaah berniat menunaikan umrah ketika melintasi kawasan miqat, namun kelajuan 300 kilometer sejam itu terlalu pantas untuk ‘melepasi’ kawasan dimaksudkan.
Di sini bermulanya perjalanan umrah kami. Memandangkan kami pergi secara DIY, pilihan hotel yang ada agak jauh sedikit dari kawasan Masjidil Haram. Justeru ia memerlukan kami menaiki ‘shuttle bus’ yang beroperasi 24 jam. Namun dari hentian bas kami perlu berjalan 900 meter dengan laluan yang naik turun bukit. Bagi seorang yang berusia hampir 40 tahun, jarak itu tidak terlalu jauh termasuk kepada mereka yang menggunakan kereta sorong bayi kerana hotel berdekatan Masjidilharam bukan saja penuh tetapi harga empat kali ganda mahal berikutan ia musim cuti sekolah.
Untuk umrah kedua selepas umrah wajib, penulis bersendirian menaiki bas (Makkah Route SAR4 atau RM5) untuk ke Masjid Saidatina Aisyah atau lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim, iaitu tempat miqat paling hampir iaitu hanya enam kilometer dari Masjidilharam. Pilihan lain adalah menaiki teksi atau van dengan kos antara SAR10 hingga SAR20 untuk seorang.
Lebih masa merancang aktiviti
Ini antara kelebihan umrah DIY iaitu mempunyai masa merancang aktiviti, memilih tempat makan kerana hotel tidak termasuk penyediaan makanan, berapa lama untuk beriktikaf kerana tidak terikat dengan mutawif.
Cuma ketika di Makkah kami mengambil perkhidmatan mutawiffah untuk Ziarah Masjidil Haram merangkumi 10 tempat termasuk Bani Ta’im, Bani Adie, tapak rumah Saidina Hamzah, kawasan perkuburan Syubaiqah, sejarah Kaabah dan kawasan persekitaran tempat tawaf, tapak rumah Nabi Muhammad bersama Saidatina Khadijah, rumah Saidina Arqam dan Saidina Abbas dan banyak lagi.
Mutawifah yang memakai vest berbendera Malaysia memberi penerangan mengenai sejarah Kota Makkah kepada rombongan DIY dari Malaysia.
Jemaah umrah DIY menziarahi Kawasan Perkuburan Syubaiqah ketika berziarah sekitar Masjidil Haram. – Foto NSTP/Mahani Ishak
Alhamdulillah apabila melakukan umrah secara DIY, saya lebih banyak peluang untuk bersolat di mataf (dataran) Baitullah yang lazimnya akan dipasang penghadang sebelum satu jam 30 minit sebelum masuk solat fardu. Kesempatan selepas solat itu, digunakan untuk tawaf sunat tujuh pusingan Kaabah.
Datang awal dua jam adalah panduan mendapatkan tempat solat ‘strategik’ atau berlama-lamaan dan tidak dihalau petugas keselamatan yang tidak mahu jemaah duduk lama di sesuatu terutama berhampiran Dataran Baitullah.
Alhamdulillah meskipun Masjidilharam cukup padat dengan jemaah yang datang dari seluruh dunia, setiap umrah boleh diselesaikan dalam masa dua jam jika dibuat tanpa bertangguh dan hanya berhenti untuk solat jemaah solat fardu. Penulis lebih gemar memulakan umrah selepas Asar dan selesai sebelum Isyak, kerana suasana petang dan malam lebih redup walaupun ketika itu waktu yang cukup sesak.
Terlalu banyak pengalaman yang mahu dikongsikan bagi perjalanan Februari lalu yang cuacanya di Madinah sekitar 20 darjah celsius dan Makkah 32 darjah Celsius, namun, ia lebih menggembirakan sekiranya anda juga menyahut cabaran untuk melalui perjalanan indah ini secara peribadi.
Untuk rekod, wanita mula dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram mula Oktober 2022 seperti diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah itu sekali gus menamatkan kontroversi keperluan mahram mengiringi jemaah wanita.

Antara kelebihan umrah DIY iaitu mempunyai masa merancang aktiviti, memilih tempat makan kerana hotel tidak termasuk penyediaan makanan, berapa lama untuk beriktikaf kerana tidak terikat dengan mutawif. – Foto NSTP/Mahani Ishak

Fakta nombor bagi kos seorang:
• Tiket kapal terbang: RM2,435 (transit di Colombo)
• Madinah: RM765
• Hotel Mekah: RM264
• Tren Madinah-Mekah: RM225
• Visa: RM518.80
*Jemaah umrah dari Malaysia sepanjang 2023: 280,000 orang (Sumber Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi)
Umrah DIY, lebih jimat, banyak masa
BERPELUANG menunaikan umrah dua kali dalam masa selang setahun, benar-benar pengalaman yang boleh diibaratkan sebagai ‘bulan jatuh ke riba’ kerana ibadat ke tanah suci sememangnya memerlukan sejumlah kos agak besar dan tentunya terjadi kerana adanya ‘jemputan’ daripada Allah SWT.
Bagi penulis, peluang menunaikan umrah secara ‘Do it yourself (DIY) bersama seorang teman universiti serta sepupu perempuannya yang mempunyai sepasang anak kembar kecil, adalah pengalaman berbeza berbanding mengikuti pakej agensi pelancongan yang mencecah RM8,990 bagi empat orang sebilik.
Sejujurnya merancang perjalanan untuk seramai enam orang dengan kos kurang RM4,000 setiap individu tidak sukar. Apatah lagi bagi seorang bayi hanya perlu mengeluarkan kos visa sahaja. Lebih mudah, seorang daripada rakan kembara umrah kami, Nurul Huda Mukhtar memang seorang ‘kaki travel’, yang secara peribadinya sudah melancong 41 negara sejak kecil selain beliau sendiri pernah membesar di perantauan.
Nurul Huda Mukhtar yang juga seorang guru dan suaminya banyak menguruskan hal penerbangan dan penginapan di Makkah dan Madinah, memandangkan semua urusan dibuat tempahan secara dalam talian supaya terhindar pengalaman kena ditipu, misalnya tiada hotel apabila tiba di sana.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kami menaiki penerbangan Sri Lankan Airlines selama empat jam yang begitu ramai membawa jemaah Indonesia.
Transit 23 jam
Kami kemudiannya transit selama 23 jam di Colombo, Sri Lanka (Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike) sebelum meneruskan lagi perjalanan hampir enam jam dengan ramai jemaah umrah dari Pakistan ketika perjalanan ke Jeddah.
Berikutan tempoh transit agak lama, kami diberikan penginapan hotel percuma di Colombo dan ia memberikan peluang kepada kami bersiar-siar menggunakan pakej pelancongan tempatan bagi menyelami budaya setempat.
Faktor tiket penerbangan murah iaitu RM2,435 seorang selain tiket untuk si kembar percuma kerana usia bawah dua tahun, menjadi ‘sebab’ terjadinya rancangan umrah ini, selain kemudahan visa pelancong (sah sehingga setahun) dengan kos RM518.80 seorang dan boleh dipohon sendiri melalui laman web rasmi tanpa membabitkan orang tengah.
Meskipun tiba di Jeddah (Lapangan Terbang Antarabangsa Abdulaziz) kami memilih bergerak ke Madinah terlebih dahulu berikutan dari Colombo lagi, suami Nurul Huda tidak mengenakan ihram berikutan kami memilih ‘masuk’ ke kota Rasulullah beberapa hari sebelum menunaikan umrah. Jadi kami menempah van yang boleh memuatkan 11 penumpang tetapi hanya dinaiki empat dewasa dengan kos SAR550 (RM633.71) atau SAR137.5 (RM158.44) setiap seorang.
Kami tiba di Madinah sekitar jam 2 pagi, dan dibenarkan mendaftar masuk awal ke hotel penginapan dan mempunyai masa dua jam untuk berehat sebelum bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
Alhamdulillah, jarak hotel ke masjid hanya sejauh 600 meter dan mengambil masa kira-kira 10 atau 15 minit berjalan kaki dan seawal jam 4 pagi lagi sudah kelihatan ramai jemaah seperti waktu siang.
Memandangkan ziarah dilakukan dalam bulan Syaaban dan kebetulan pula hari Khamis, penulis dan rakan, Siti Shahrosamirah memutuskan untuk berpuasa kerana mahu merasai pengalaman berpuasa dan berbuka di masjid.
Kami juga menggagahkan diri berjalan lima kilometer ke Masjid Quba yang terletak di luar kota Madinah (ada pilihan menaiki ‘buggy’ sehala dengan kadar bayaran SAR 10) iaitu masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika awal peradaban Islam (622M) untuk menunaikan solat sunat Dhuha.
Ini kerana pahalanya seumpama menunaikan umrah, seperti hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah; ‘Barang siapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah’.
Dalam tempoh beberapa hari di Madinah, kami membuat tempahan melalui aplikasi Nusuk untuk slot ‘Raudhah’ (ziarah makam Nabi Muhammad SAW) yang hanya boleh dipohon sekali dalam tempoh setahun. Justeru, penulis tidak ‘layak’ kerana rekod umrah terdahulu masih belum melepasi 365 hari.
Seterusnya kami bergerak ke Makkah dengan menggunakan perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain Makkah-Madinah (HHSR) antara bandar dengan kadar SAR172 atau RM 225, sejauh 453 kilometer. Jarak sejauh itu hanya mengambil masa dua jam 30 minit berbanding lapan jam menaiki bas. Untuk lebih selamat, terus niat menunaikan umrah ketika menaiki tren dan tidak perlu bimbang, ada pengumuman yang akan dibuat bagi mengingatkan jemaah berniat menunaikan umrah ketika melintasi kawasan miqat, namun kelajuan 300 kilometer sejam itu terlalu pantas untuk ‘melepasi’ kawasan dimaksudkan.
Di sini bermulanya perjalanan umrah kami. Memandangkan kami pergi secara DIY, pilihan hotel yang ada agak jauh sedikit dari kawasan Masjidil Haram. Justeru ia memerlukan kami menaiki ‘shuttle bus’ yang beroperasi 24 jam. Namun dari hentian bas kami perlu berjalan 900 meter dengan laluan yang naik turun bukit. Bagi seorang yang berusia hampir 40 tahun, jarak itu tidak terlalu jauh termasuk kepada mereka yang menggunakan kereta sorong bayi kerana hotel berdekatan Masjidilharam bukan saja penuh tetapi harga empat kali ganda mahal berikutan ia musim cuti sekolah.
Untuk umrah kedua selepas umrah wajib, penulis bersendirian menaiki bas (Makkah Route SAR4 atau RM5) untuk ke Masjid Saidatina Aisyah atau lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim, iaitu tempat miqat paling hampir iaitu hanya enam kilometer dari Masjidilharam. Pilihan lain adalah menaiki teksi atau van dengan kos antara SAR10 hingga SAR20 untuk seorang.
Lebih masa merancang aktiviti
Ini antara kelebihan umrah DIY iaitu mempunyai masa merancang aktiviti, memilih tempat makan kerana hotel tidak termasuk penyediaan makanan, berapa lama untuk beriktikaf kerana tidak terikat dengan mutawif.
Cuma ketika di Makkah kami mengambil perkhidmatan mutawiffah untuk Ziarah Masjidil Haram merangkumi 10 tempat termasuk Bani Ta’im, Bani Adie, tapak rumah Saidina Hamzah, kawasan perkuburan Syubaiqah, sejarah Kaabah dan kawasan persekitaran tempat tawaf, tapak rumah Nabi Muhammad bersama Saidatina Khadijah, rumah Saidina Arqam dan Saidina Abbas dan banyak lagi.
Alhamdulillah apabila melakukan umrah secara DIY, saya lebih banyak peluang untuk bersolat di mataf (dataran) Baitullah yang lazimnya akan dipasang penghadang sebelum satu jam 30 minit sebelum masuk solat fardu. Kesempatan selepas solat itu, digunakan untuk tawaf sunat tujuh pusingan Kaabah.
Datang awal dua jam adalah panduan mendapatkan tempat solat ‘strategik’ atau berlama-lamaan dan tidak dihalau petugas keselamatan yang tidak mahu jemaah duduk lama di sesuatu terutama berhampiran Dataran Baitullah.
Alhamdulillah meskipun Masjidilharam cukup padat dengan jemaah yang datang dari seluruh dunia, setiap umrah boleh diselesaikan dalam masa dua jam jika dibuat tanpa bertangguh dan hanya berhenti untuk solat jemaah solat fardu. Penulis lebih gemar memulakan umrah selepas Asar dan selesai sebelum Isyak, kerana suasana petang dan malam lebih redup walaupun ketika itu waktu yang cukup sesak.
Terlalu banyak pengalaman yang mahu dikongsikan bagi perjalanan Februari lalu yang cuacanya di Madinah sekitar 20 darjah celsius dan Makkah 32 darjah Celsius, namun, ia lebih menggembirakan sekiranya anda juga menyahut cabaran untuk melalui perjalanan indah ini secara peribadi.
Untuk rekod, wanita mula dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram mula Oktober 2022 seperti diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah itu sekali gus menamatkan kontroversi keperluan mahram mengiringi jemaah wanita.
Archives
Categories
Archives
Siapakah yang sesuai melakukan Umrah DIY ?
April 6, 2024Mencari Hotel yang selesa & berdekatan di Mekah dan Madinah?
April 5, 2024Categories
Meta