Pelayaran Islamik

Menggunakan konsep belayar sambil beribadah, jenama Pelayaran Islamik memberi pengalaman berbeza buat mereka yang pernah menyertainya. Sebelum ini pelayaran ini mencatat sejarah apabila kapal mewah empat bintang berpangkalan di Itali itu, membuat pelayaran terus dari Harbourfront, Singapura ke Phuket, Thailand menelusuri laluan laut paling sibuk di dunia, Selat Melaka pada jarak sepanjang 805 kilometer.

Sepanjang pelayaran lima hari empat malam, kebanyakan masa akan berada di atas kapal. Sepanjang tempoh itu, peserta diajak bangun seawal jam 5 pagi bagi melaksanakan qiamulail selain mengikuti aktiviti ibadah lain termasuk solat berjemaah di dek paling atas, tazkirah, ceramah serta slot forum perdana oleh tokoh agama dan penceramah terkenal.

Konsep pelayaran Islamik sangat  mementingkan aspek halalan thoiyiban (halal lagi baik), dimana semua makanan yang disajikan di restoran dalam kapal pelayaran telah mendapat status Halal Jakim .

Program kebajikan juga menjadi sebahagian agenda penting yang mana setiap destinasi yang dituju akan menjalinkan ukhuwah antara Muslim menerusi lawatan  tahfiz, anak yatim dan mangsa bencana,.

Kuala Lumpur – Hanoi – Halong Bay – Kuala Lumpur … 
dari RM 3,787
PORT KLANG – PHUKET – LANGKAWI – PORT KLANG … 
dari RM 2,787

Kakitangan Syaza Travel & Tours Sedia membantu anda