Tentang Kami – Syaza Travel & Tours Sdn Bhd
Pengenalan Syarikat
Syaza Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pelancongan berdaftar yang berpengalaman lebih 7 tahun dalam menguruskan pelbagai bentuk perjalanan ibadah seperti Umrah, Badal Haji, Aqiqah, Qurban dan Ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, selamat, sah di sisi syarak dan dipercayai oleh pelanggan seluruh Malaysia.
Visi Kami
Menjadi peneraju utama dalam pengurusan perjalanan ibadah ke Tanah Suci yang dipercayai dan disyorkan rakyat Malaysia.